Monday, 2 December 2013

permaisuri balqis

assalammualaikum

hati ini kena selalu di tarbiyah, di ajari dan dididik.
makin tinggi kita di atas sesuatu tempat, makin lupa kita akan orang bawahan.
menjadi pemimpin biarlah bijak. bertindak rasional tapi ada masa kita kena bertimbang rasa.

jadilah contoh teladan andai seorang pemimpin wanita, contohilah permaisuri balqis
orang nya bijak... dikelilingi pembesar pembesar lelaki
tidak mudah dipengaruhi, sentiasa ingin tahu dengan sendiri mencari makluman sebelum membuat keputusan.
sentiasa bijak berkata2...

banyak membaca membantu kita dalam menilai keputusan, dalam berkata2, memberi pendapat dan mcm2.

Thursday, 3 October 2013

Nabi yang mampu menahan matahari daripada terbenam? Siapakah dia?

Assalam semua, hari ni saya nak share cerita yang menarik untuk kalian baca.
pernahkan kamu mendengar cerita seorang nabi yang mampu menahan matahari daripda terbenam?

bacalah ceritanya di bawah ini...


KISAHNYA

Setelah Nabi Musa as wafat, Nabi Yusya' bin Nun membawa Bani Israil untuk keluar dari padang pasir. Mereka berjalan hingga menyeberangi sungai Yordania dan akhirnya sampai di kota Jerica (Yeriko). Kota Jerica adalah sebuah kota yang mempunyai benteng dan pintu gerbang yang sangat kuat. Bangunan-bangunan di dalamnya tinggi-tinggi serta berpenduduk padat.

Nabi Yusya' bersama kaumnya, Bani Israil, mengepung kota tersebut sampai 6 bulan lamanya.
Pada suatu hari, mereka bersepakat untuk menyerbu sampai ke dalam. Dengan diiringi suara terompet dan pekikan takbir, serta semangat yang kuat, mereka berhasil menghancurkan benteng kota dan memasukinya.

Di dalam kota Jerica, mereka mengambil harta rampasan dan membunuh siapa saja yang mencoba menghalanginya.
Mereka juga memerangi sejumlah raja yang berkuasa di Syam.

Hari itu adalah hari Jum'at, peperangan belum juga usai sementara matahari sudah hampir terbenam. Berarti hari Jum'at akan segera berlalu dan hari Sabtu akan segera tiba. Padahal, menurut syariat, pada hari sabtu dilarang untuk melakukan peperangan.

Doa Nabi

Nabi Yusya' kemudian berkata,
"Wahai Matahari, sesungguhnya engkau hanya mengikuti perintah Allah SWT, demikian pula aku. Aku bersujud mengikuti perintahNya. Ya Allah, tahanlah matahari itu untukku agar tidak terbenam terlebih dahulu."

Dengan izin Allah SWT, matahari itu tidak terbenam dulu, sebelum negeri itu ditaklukkan.
Setelah Baitul Maqdis dapat dikuasai oleh Bani Israil, mereka pun hidup di dalamnya dan Nabi Yusya' yang memerintah mereka dengan kitab Allah, kitab Taurat sampai akhir hayatnya.
Beliau kembali ke hadirat Allah SWT saat berumur 127 tahun dan masa hidupnya 27 tahun setelah wafatnya Nabi Musa as.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Sesungguhnya matahari itu tidak pernah tertahan untuk terbenam hanya karena seorang manusia yang bernama Yusya' yaitu pada malam-malam dia berjalan ke Baitul Maqdis untuk berjihad."

Diriwaytkan pula oleh Abu Hurairah ra dari Rasulullah SAW. Ada seorang Nabi dari Nabi-Nabi Allah yang ingin berperang, dan dia berkata,
"Tidak boleh ikut bersamaku dalam peperangan ini, seorang laki-laki yang telah berkumpul dengan istrinya dan mereka mengharapkan seorang anak, tapi belum mendapatkannya. Begitu pula orang yang membangun rumah tapi atapnya belum selesai. Juga tidak boleh ikut bersamaku orang yang telah membeli kambing atau unta bunting yang dia tunggu binatang itu beranak."

Maka berangkatlah Nabi itu berjihad.
Ketika sudah berada di dekat daerah yang dituju, saat Ashar telah tiba atau hampir tiba, maka Nabi itu berkata kepada matahari,
"Wahai matahari, engkau tunduk kepada perintah Allah dan aku pun demikian. Ya Allah, tahanlah matahari itu sejenak agar tidak terbenam."

Maka Allah SWT menahan matahari itu hingga Nabi itu bersama kaumnya menaklukkan daerah tersebut. Kemudian mereka Mengumpulkan semua harta rampasan di sutau tempat. Namun tiba-tiba saja ada api yang menyambar, tetapi api tidak sampai membakar harta rampasan itu.

Nabi Yusya' berkata,
"Diantara kalian ada yang berkhianat, masih menyimpan sebagian harta rampasan. Aku harap seseorang dari setiap kabilah bersumpah kepadaku."

Satu persatu seseorang dari tiap kabilah bersumpah.
Tiba-tiba tangan Nabi Yusya' lengket pada tangan dua atau tiga orang.
"Kalian berkhianat," teriak Nabi Yusya'.

Dan orang-orang yang berkhianat itu mengeluarkan emas sebesar kepala sapi.
Emas itu kemudian dikumpulkan dengan harta rampasan lainnya. Harta rampasan itu dukumpulkan di sebuah lapangan, dan tiba-tiba saja datanglah api menyambar dan melalapnya.

Rasulullah SAW bersabda,
"Harta rampasan memang tidak pernah dihalalkan untuk umat sebelum kita, dan dihalalkan untuk kita karena Allah melihat kelemahan dan ketidakmampuan kita."

Wednesday, 2 October 2013

Hasan al-Basri dan jubah 4000 dinar

Semalam saya ada menonton rancangan Muqaddimah di TV9. Di dalamnya, ada suatu kisah menarik yang diceritakan berkenaan zuhud. Kisahnya adalah mengenai seorang ulamak tersohor umat islam, anak seorang hamba yang lahir di zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi), iaitu Hasan al-Basri. Beliau pernah berguru dengan beberapa orang sahabat nabi, menjadi seorang guru di Basrah (Iraq) dan merupakan seorang yang sangat mementingkan nilai hidup zuhud. Seorang yang zuhud menahan dirinya daripada berlebih-lebihan di dalam perkara-perkara yang halal. Biasanya orang yang zuhud mengelakkan diri daripada segala macam kemewahan. Ini tanggapan umum mengenai zuhud dan inilah yang difahami oleh anak murid Hasan Al-Basri.

Diceritakan pada suatu hari, di dalam suatu kuliah, Hasan al-Basri mengenakan sebuah jubah yang dihadiahkan oleh salah seorang anak muridnya yang hartawan. Jubah tersebut merupakan sebuah jubah yang sangat mahal dan diberitakan bernilai kira-kira 4000 dinar. Dinar adalah matawang emas tulen (24 karat, 99.9%) dimana 1 dinar bersamaan dengan 4.25 gram emas. Jika kita mengambil kira harga emas semasa di Malaysia ini, 1 gram = RM 160, maka 4000 dinar adalah bersamaan 4000 x 4.25 = 17000 gram (17 kg) emas. Ini bermakna, 4000 dinar bersamaan dengan 17000 x 160 = RM 2,720,000 atau hampir 2.7 juta Ringgit Malaysia ! Rasanya, tiada baju di Malaysia ini yang bernilai 2.7 juta ringgit !

Berbalik kepada kisah tadi, ketika Hasan al-Basri sedang mengajar, beliau ditegur muridnya kerana mengenakan pakaian yang sangat mahal, walhal beliau selalu mengajar supaya muridnya menghampiri cara hidup zuhud. Tiba-tiba, datang seorang miskin menemui Hasan al-Basri memohon sedikit bantuan kerana beliau orang susah. Mendengarkan hal itu, Hasan al-Basri lantas menyerahkan jubah 4000 dinar (RM 2.7 juta) yang dipakainya kepada orang miskin tersebut, supaya dijualkan jubah tersebut bagi mendapatkan wang untuk membantu si miskin tadi. Bergegaslah si miskin tadi ke pasar untuk menjualkan jubah tersebut. Saban hari si miskin menunggu di pasar, menantikan pembeli jubah namun tiada yang sudi membeli jubah tersebut kerana nilainya yang sangat mahal. Tiba-tiba datang seorang lelaki menyapa si miskin yang sedang menjual jubah tersebut, "Wahai saudara, dari mana saudara mendapatkan jubah ini ?". "Jubah ini aku berikan kepada Hasan al-Basri", sambungnya lagi. "Jubah ini diberikan kepadaku oleh Hasan al-Basri dan disuruh aku menjualnya", jawab si miskin tadi.

Lelaki tadi kemudiannya membeli jubah tersebut pada harga 4000 dinar daripada si miskin tadi dan menghadiahkan jubah itu semula kepada gurunya Hasan al-Basri. Kesesokan harinya ketika Hasan al-Basri mengajar, muridnya terkejut kerana beliau masih mengenakan jubah yang mahal tersebut, walapun semalam, beliau telah menyedekahkannya. Beliau menceritakannya kepada muridnya tentang apa yang telah berlaku. Benarlah akan kata-kata, "sesiapa yang hidupnya tidak bermatlamat untuk mencari dunia maka dunia akan datang mencarinya". Erti zuhud sebenarnya bukan terhad kepada tidak memilih untuk hidup secara mewah, namun yang lebih penting ialah, tiada ikatan atau kecenderungan hati terhadap kemewahan dunia. Seseorang mungkin mempunyai harta yang sedikit, dan hidup secara sederhana namun belum boleh dikatakan seorang yang hidup dengan sifat zuhud sehinggalah dia tidak meletakkan sebarang rasa cinta kepada harta yang dimilikinya. Ingatlah, semua harta kekayaan adalah milik Allah.

Semua rezeki yang kita perolehi baik wang ringgit, kesihatan, pangkat, anak, dan sebagainya adalah anugerah dari Allah. Kesemua harta tersebut tidak dapat kita miliki jika Allah tidak mengizinkannya dan begitu juga sebaliknya, jika Allah telah menetapkan bahawa sesuatu harta itu bakal milik kita, maka tiada siapa yang boleh menyebabkan kita kehilangan akan harta tersebut. Jika kita berada di posisis Hasan al-Basri, sanggupkah kita menyerahkan harta bernilai RM 2.7 juta kepada orang yang tidak dikenali sebagai sedekah ? Fikir-fikirkanlah....

credit to http://syedzai.blogspot.com/2011/03/hasan-al-basri-dan-jubah-4000-dinar.html 

Kisah Pembelaan Hasan al-Bashri kepada Rakyat

Nama Imam Abu Hasan al-Bashri cukup harum di mata umat Islam. Kepribadiannya teguh untuk menyuarakan kebenaran. Karena sikap inilah nyawa Hasan al-Bashri hampir melayang ketika harus melawan kekuasaan. Saat itu Irak dijabat seorang gubernur diktator bernama al-Hajjaj ats-Tsaqafi. Pemimpin ini terkenal bengis dan gemar bertindak sewenang-wenang. Hampir seluruh rakyat Basra tak berani protes, bahkan untuk kebijakan yang dapat menyengsarakan mereka. Namun ini pengecualian bagi Hasan al-Bashri. Suatu hari Hajjaj meresmikan istana barunya. Harta dan keringat rakyatlah yang membuat bangunan megah itu menjulang gagah. Selanjutnya, rakyat gigit jari atau sekadar menonton dari kejauhan sebagai tamu undangan. Di sana, Hasan al-Bashri bersuara pedas: ”Kita tahu dulu Fir’aun membangun istana yang lebih indah dari ini. Allah kemudian membinasakannya karena kedurhakaan dan kesombongannya.” Sang Imam terus melancarkan kritiknya. Aksi ini memancing amarah gubernur. "Kurang ajar! Mengapa kalian biarkan budak dari Bashrah itu mencaci maki dan bicara seenaknya,” teriak Hajjaj kepada para algojonya. Ketika dihadapkan ke penguasa tiran itu, Hasan al-Bashri bersikap sangat tenang. Semua pertanyaan dijawab tegas tanpa rasa khawatir. Ketenangan ini justru mengangkat wibawanya dan akhirnya menaklukan kecongkakan Hajjaj. Sebenarnya, sejak Hasan al-Bishri pertama meneriakkan kritik, rakyat di sekelilingnya sudah mulai mencemaskan nasib sang imam. Sebagian dari mereka memohon Hasan al-Bahsri menyudahi aksinya. Namun, kekhawatiran ini segera dijawab Hasan al-Bishri: ”Sungguh orang-orang berilmu telah tergadai jiwanya untuk mengungkapkan kebenaran kepada manusia, bukan malah menyembunyikannya.” (Mahbib Khoiron)

Tuesday, 24 September 2013

Apa benda yang berharga pada korang? Duit?

Assalam,

hari ni saya nak share something... yang julung-julung kali saya dapat perasaan ni.
masa sembayang subuh tadi, saya rasa, ya allah, benda yang paling buat saya sangat bersyukur pada allah adalah saya masih bernyawa

kenapa? sebab selepas saya lihat kematian dan pemergian busu ani iaitu makcik kesayangan saya, peristiwa ni memberi impak dan titik tolak dalam hidup saya.

setiap hari saya dah plan nak buat baik

tak kisah lah dari segi orang nak masuk tukar lane kereta kat jalan raya, belanja pakcik tua sapu sampah ke, senyum ngn tukang kebun
janji benda tu baik dan ikhlas buat.

hari hari saya cuba buat yang terbaik. saya nak kumpul pahala banyak2

dan paling saya cuba nak buat baik kepada mak ayah saya selagi diorang hidup
saya bukan orang kaya dan byak harta, tp saya dah niat nak buat yang terbaik untuk mereka

setiap hari saya akan tulis apa benda yang buat saya happy dan apa benda baru saya buat.
tulis benda baik ni supaya sentiasa menjadi benda positif dalam diri korang.

tiap2 hari pikir apa benda baik aku nak buat hari ni?
tolong orang lintas jalan, buang sampah atas jalan raya, tolong belikan barang dapur untuk kat rumah atau apa saja yang allah akan nilaikan bukan buat untuk please kan orang. buat lah kerana allah.

well, that's my story for today.
islam in my life.

enjoy reading guys.

Monday, 23 September 2013

Belanja orang masa duit sikit? Boleh ke?

Assalam,

Saya nak kongsi pengalaman saya
Biasalah time tengah bulan ni kering sangat
Almaklumlah, bila ade kematian dn wedding dan kereta sakit
Mcm2 hal dlm satu bulan tu time tu sgt kering

Memang duit saving pun habis kena keruk nak cover bulan ni punya expenses

Ntah, lps busu ani makcik saya meninggal, seolah2 menjadi titik tolak dalam hidup saya
Saya azam nak buat bnyk buat baik
Sbb masa time kebumi busu, ramai dtg melawat
Dan busu tinggalakn kenangan manis utk semua orang
Sy nak jd mcm busu

Buat baik pada semua orAng termasuk
Musuh2 korang

Nak cerita ni.
Saya ni terigin nk makan lempeng
So siap cari tepung n kelapa utk buat lempeng
Bila saya plan buat makan2 potluck kat off,
Padahal duit utk makan memang x ada
Tp sy gagah jugak beli lempeng extra utk kawan2 off
Tambahkan lempeng yang saya buat
The truth is saya memang tak ada duit tp sy manage utk
Jamu kawan2 masa tu

Tp reZeki allah tu luas macam mak ckp
La tahzan, jangan sedih jika x ada rezeki kat sini, mungkin kat tmpt lain

Adalah duit masuk drngan orang beli tudung online dan orang off beli tudung
Alhamdulillah

Tak banyak tp ade la sikit utk saya bulan ni

So, moral of the story, jgn rasa takut nk buat baik jika duit sikit
Yakin dengan allah
Insya allah ade rezeki

Aminnn

Tuesday, 17 September 2013

Pahala yang berterusan

info to share with all of you out there
Photo: ♥|LIKE|SHARE|COMMENT|♥ Islam Di Hatiku

Selawat

mari kita selawat dan buat seikhlas mungkin. dengan ikhlas dapatlah kita ganjarannya...

Tip Makan Sahur Yang Sihat

Cara pemakanan amat penting untuk kita. Zaman sekarang, kita makin lupa adap2 yang patut kita amalkan semasa makan. Contoh bila makan, kita perlu kunyah sebanyak 40x untuk memberikan penghadaman yang maksimum terhadap makanan yang kita kunyah itu.
Dengan itu, kita akan dapat rasakan proses penghadaman kita amat mudah sekali.
ini amalan rasullullah. kita sebagai umat akhir zaman patut mengamalkan cara ini kerana pemakanan kita sekarang banyak kepada makanan yang tidak sihat terutama sekali makanan segera seperti McDonald's dan sebagainya.
 
Petikan dibawah adalah nukilan yang saya cari dalam internet.
selamat membaca.
  • Konsumsilah makanan yang perlu dicerna dalam jangka waktu lama dibandingkan menikmati makanan yang cepat dicerna. Makanan yang dicerna dalam jangka waktu lama atau sekitar 8 jam pencernaan diantaranya adalah karbohidrat kompleks (gandum, beras merah). Sedangkan makanan yang cepat dicerna (3-4 jam) dan sebaiknya dihindari adalah makanan yang mengandung banyak gula dan karbohidrat sederhana
  • Perbanyak makan sayuran karena sayuran mengandung serat yang cukup lama dicerna sehingga menimbulkan rasa kenyang lebih lama.
  • Tingkatkan pengambilan cairan dalam jumlah cukup (3-4 gelas air)
  • Jangan minum minuman yang mengandung kafein karena bersifat diuretik dan dapat menimbulkan keluhan sakit kepala akibat dari efek adiksi
  • Makan buah-buahan yang banyak mengandung vitamin dan mineral
  • Hindari makanan yang digoreng (deep fried) kerana ia boleh menimbulkan keluhan kesehatan seperti mual, heart burn, kembung, dan peningkatan berat badan
  • Konsumsilah makanan dan minuman dalam jumlah cukup dan seimbang.
  • Jangan tidur selepas sahur.
  • Beribadah dan solat selepas makan sahur.
Pesanan Dari : www.zaharuddin.net
Sebahagian Sumber : Klikdokter

Damainya Bila Memaafkan

Petikan dibawah saya kongsikan bersama pembaca diluar sana,
bahawa memaafkan orang lain memberikan kita satu perasaan yang tenang dan lebih2 lagi allah menyukai orang yang menahan marahnya.


Renungan harini, kita akan merasa tenang apabila memaafkn org lain, spt yg berlaku pd Umar b ab Aziz r.a, mujaddid pertama dalam Islam.Beliau minta drp khadamnya agar membawa air minuman.Tiba2 air yg dibawa telah tertumpah ke atas Umar, mnybbkannya basah, beliau merasa marah, tapi didamaikan bila khadam itu membacakan ayat ke 134 surah Ali Imran, yg bermaksud :.."dan orang yang menahan marahnya..Umar bertanya kpdnya,kemudian katakan lagi! Dia membaca rangkap berikutnya, dlm ayat yg sama: Dan orang yg memaafkan.Umar bertanya lagi:Kemudian? Dia jawab rangkap berikutnya,Dan Allah amat menyayangi org yg bersifat ihsan..Umar berkata : Kamu dibebaskan!

selamat beramal

XoXo

 

Monday, 16 September 2013

Mari beristigfar

Assalammualaikum...

Apa itu istigfar?
Ia adalah zikir yang nabi muhammad s.a.w sebutkan selalu setipa hari 70x terutama sekali sebelum tidur nabi amalkan.

Kita sebagai umat biasa, paling koman pun sebut la istigfar tu 11x selepas solat
Ini untuk rutin yang paling pemalas korang nak buat

Apa yang saya share ni adalah perkara yang memudahkan umat yang sedia sibuk sangat

Insyaallah saya akan share lagi info islamic especially dalam life seharian kita

Wassalam.



Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.