Salam...
Saya terpanggil untuk share pengalaman saya saya menunaikan ibadah umrah
Bersama family dan baby 8 bulan.
Bersama family dan baby 8 bulan.
Alhamdullilah
Selamat pergi pada 9 Mac dan kembali ke tanah air pada 21 Mac 2016
Rezeki nak ke sana bersama family x penah saya bayangkan. Pergi bersama Faizin Travel Agency.
Ustaz kami nama Muzakir.
Allah jemput kami sekeluarga
Ustaz kami nama Muzakir.
Allah jemput kami sekeluarga
Saya nak share pengalaman saya bersama parents yang akan bawak anak kecik mcm Yaasiin
Tips persiapan sbelum pi umrah
Baju kita and baju anak2
Tips baju saya dpt byk share dpd parents yg dh penah pergi
Tq so much kt sapa2 yg share tu
Tips baju saya dpt byk share dpd parents yg dh penah pergi
Tq so much kt sapa2 yg share tu
Saya dan suami pergi bersama 3 anak all boys
Sorg 12 thn
Sorg 7 dan
Sorg 8 bulan
Sorg 7 dan
Sorg 8 bulan
Yang dh besar ni senang
Tp baby lain story
Huhu
Tp baby lain story
Huhu
Persiapan baju kami (untuk umi dan baby).
Utk umi
- Baju jubah pakai dr rmh 1
- Baju jubah dlm bag 3
- Baju tido 2
- Tshirt 1
- Sarung tangan 3
- Stokin hat tebal utk senang solat 3 psg
- Seluar dlm jubah 3 (satu pakai masa pi)
- Selipar nak ke masjid 1 spg
- Slip on shoes sepsg
- Stokin tebal utk umrah(yang mcm ala2 kasot sgt tebal, i need this sbb tapak kaki sakit masa tawaf n saie)
- Spray air solat - tapi sekarang tempat solat mekah byk toilet
- Baju/seluar dlm ikut keperluan masing2
- Tudung mini telekong (yang leh terus bawak solat) 2 psg xl n xxl size
- Sejadah nipis
- Telekong sepasang (bawk satu sebb dh ada mini telekong td nk solat)
- Anak tudung hat kale hitam
- Cemin mate hitam (jika perlu)
- Set ketip kuku
- Deodorant
- Sikat
- Bedak muka (kite nye maybelline)
- Lip ice
- Vasselin
- Lotion
- Ubat n berus gigi
- Brooch (jika perlu)
- Charger fon
- Hanger
- Alat sidai baju (payung kecik sidai baju kt daiso)
- Sabon cuci baju/beros baju
- Shampoo (size guna utk seminggu)
- Sabon mandi jenih buku
- Safety pins ( pin baby tu beli kt mr diy murah n byk)
- Sewing kit (travel size)
- Kain batik 1
- Bag pack (NO HANDBAG )
- Set jahit kecik (jarum/benang)
- Bekas makan (yang ada separate mkan n lauk, beli kt kedai 2 ringgit. utk yang malas nak makan kt dewan makan leh tapau masuk bilik)
- Bekas air (beli kt kedai 2 ringgit. untuk minum air zamzam kat mekah dn madinah)
- sling bag (if perlu)
- bawak vitamin. utk energy. nanti penat sebab jaga baby or etc
Barangan Yaasiin ( baby 8 bulan)
- baru siang 9 pasang (boleh basuh disana)
- baju malam 9 pasang (boleh basuh di sana)
- stroller (travel size buggy)
- toiletries - shampoo, soap, minyak angin, sikat, bedak dll
- socks 5 pasang
- puting (beli extra. in case hilang kat mekah madinah dah ade spare. kami bawak 3)
- diapers (huggies beli size L bawak yang 60 pcs tu. memang berbaloi.)
- ketip kuku
- ubat2 baby. WAJIB - ubat demam, selsema, batuk, krim gatal, vicks,
- wet bag untuk baju kotor
- plastik untuk buang diapers kotor
- getah (incase nak ikat mcm2)
- biskut baby (bawak bekal untuk 2 minggu)
- termos air panas/ bekas air tuk buat susu (kami isi dalam bag pack)
- warmer susu
- toys
- botol susu extra (isi air masak, standby dalam bag pack untuk dia minum masa mendarat dan berlepas, supaya telinga tak tersumbat)
- jug kettle elektrik (cari utk travel saiz, kami beli kat sana je , or hotel memang ade)
- baby carrier (benda penting)
- napkin 5
- selimut (dalam bag pack pun ada)
- tuala
- dll
Bag pack untuk baby utk travel (semua size kecik utk travel size)
- diapers 5
- baju siang 3 pasang
- baju malam 3 pasang
- alas getah baby (size kecik)
- shampoo/bedak/sikat/minyak putih/vicks/sabun baby,bedak (tavel size)
- socks 2 pasang
- baju sejuk (dalam plane dan hotel sejuk)
- sapu tangan 2
- wet tissue
- makanan baby - biskut beras, biskut heiz
- termos/bekas air/susu
- puting
- toys (utk bagi dia leka main)
- baju sejuk (utk dalam guna plane, bus, hotel)
- napkin 2
- selimut
- tuala
- plastik (untuk barang basah or diaper busuk)
PERSIAPAN SEBELUM UMRAH
- Pastikan badan semua family anda sihat. kalau sakit susah nak travel.
- untuk anak2 sekolah, buat surat pelepasan hantar pada cikgu sekolah keb/sek agama sebab tak hadir selama 2 minggu.
- passpot masih valid utk semua. if tak de buat baru
- amik gambar visa dan utk gambar land yard kat tanah suci nanti. bawah ni contoh gambar Visa
- belajar pasal umrah. ajar anak-anak sekali.
- pergi kursus umrah - if ada praktikal lagi elok
- tulis terus doa yang kita nak. senang nanti nak baca. sbb dah prepare
- selesaikan hutang hutang sblm fly (yang kecik2)
- maklum kat bos, dan cuba untuk selesaikan kerja-kerja sblm pergi
- beli kasut yang selesa untuk berjalan. sebab kadang2 hotel kat tanah suci jauh. nanti penat berjalan.
- bawak duit yang secukup nya. plan berapa banyak nak bawak. tukar siap2 kat melaysia. nanti tukar kat sana mahal.
- kalau boleh beli preparation barang kat malaysia sbb kat sana mahal contoh ubat gigi, sabun, ubat batuk dll. bawak barang agak2 untuk 2 weeks.
- beli buku doa umrah. tanda kan terus pada page yang perlu. senang nak semak.
- untuk ada baby macam saya, ms mula -mula tu terus request pada travel agency booked kat yang ada bassinet. haaa. saya mula2 tak tahu apa tu bassinet, lpas tgk dan baca blog orang, kita nak jalan jauh memang kena ade benda tu. duduk seat dalam kapal terbang yang boleh letak kan bakul kecik untuk baby tidur. nanti saya letak gambar. masa balik pun kalau boleh request sama.
- bag umrah semua sama nanti, korang letak reben ke or tag yang boleh bezakan bag anda.
- kat sling bag umrah pun sama. letak reben.
PENGALAMAN DI AIRPORT KLIA
- kalau pergi berkumpulan, make sure team up bersama families anda.
- jumpa penyelia yang jaga tiket.
- check in berkumpulan
- dapatkan tiket / land yard / bag gift
- sediakan bekal makan sikit dalam bag kecik anda nnt travel lama ada makanan
- amik gambar. buat kenangan bersama families
- banyak kan bersabar masa kat tanah air dah kena practice sbb sana sgt mencabar. sbb kita tak tahu apa allah akan uji
- minta maaf kat semua. mana lah tahu kot2 last jumpa. (tips : jgn lupa senarai wasiat , hutang, duit simpanan, insurance kat mana, dll dah ade. so nanti kalau kite dah tak de family boleh detect apa apa yang masih tergantung kat kita)dan doa byk2 semoga perjalanan lancar. almaklumlah bawak baby.
PENGALAMAN DI DALAM KAPAL TERBANG (DEPARTURE TO MEDINAH)
- Cari seat.
- Stroller masa dh kat kapal bagi diorang. jangan amik masuk pulak. diorang letak kat kargo.
- standby barangan baby. (kalau boleh letak bag pack bawah kaki, letak. so senang nak amik barang baby. sbb nanti akan selalu buka bag. carrier baby penting.
- pantau anak2 yang seat sebelah. dah makan ke tak. solat ke tak dll
- mintak pasangkan bassinet untuk baby anda. ni contoh bassinet kat dalam kapal terbang.
- selimut ada
- aircond kalau sejuk sangat , slow kan kat atas anda atau tutup.
- dalam kapal tu bila dah kat atas awan. boleh relaks,
- berzikir ke selawat ke,
- penat tido
- time makan, sila makan jangan skip, sebab perjalanan anda mungkin akan jd 10-11 jam
- bangun bergerak. sebab penat dalam plane. excersize sikit,
- solat.
- toilet jangan berebut. bersabar. kalau toilet tu kotor, korang cuci2 sikit. kadang2 hancing. krik3.
- wet tissue boleh guna untuk lap muka , tangan or meja makan anda
- sebab turun terus ke madinah, kami tak buat niat umrah.
PENGALAMAN DI AIRPORT MEDINAH , BAS DAN CHECK IN HOTEL MADINAH
- sebelum nak mendarat make sure dah pi toilet dlu siap2 sbb cabaran anda telah bermula
- masa amik luggage, team up ngn family anda. make sure anak2 dekat. diorang penat nanti akan grumpy. bagi makan kenyang2.
- keluar kan carrier baby sbb stroller tak de. kena tunggu kat tempat bagasi
- beratur. sabar. memang lama. ikut la pak arab ni. macam2 style.. ada mudah ada cerewet
- passport. sentiasa ada dan senang nak akses keluar masuk daripada bag anda. kata ustaz, ni epot baru buka kat madinah. besaq. tp sistem utk mudah kan jemaah masih cenggitu. lem lem
- peraturan sekarang di Arab Saudi Airport Madinah, kena amik gmbar , latest 10 jari ni nak kena amik scan. ngan baby2 sekali dia scan
- masa nak beratur tepi nak collect bag. cari lah troli besar. sbb nanti korang nak kena bawak semua bag, kami ada 4 bag besar 1 bag hand carry. peh.
- cari stroller. sbb nanti nak guna utk baby
- dah siap semua boleh jumpa ustaz , cari bas korang
- sabar ok. semua nye kena sabar
- Dah dapat naik bas, make sure bag2 susun dalam bas dan korang ingt kat mana.
- dah duduk. sabar lagi. tunggu ahli team yang satu kumpulan anda.
- ingat sabar.
- Perjalanan daripada epot ke hotel tak lama. dalam 30 min je. tp energy anda dah drain sebab lama sangat berjalan.
- dapat kunci bilik, bawak barangan, team ngn partner anda. saya masuk bilik bawak baby, en suami dan anak sulung cari bag.
- mujur dapat tingkat 1. senang turun naik bila lif penuh.
- susun bag dalam bilik. dan makan vitamin. anda akan sangat penat.
- sabar lagi.
- travel agensi anda mungki bagi makanan masa kt hotel, amik. makan sikit. sbb dah lapar balik.
- selesai semua. tidor.
PENGALAMAN DI MADINAH
- ahlanwahsahlan. hotel saya duduk kat Hotel Mawaddah As safwa. sebelah Movenpick Hotel.
- nak gi masjid gi gate 15. agak jauh nak ke raudah. jarak daripada hotel nak ke tempat perempuan solat nak ke raudah tu, pergi balik campor semua mau 3 kilo berjln. patut la kaki sengal je 2 - 3 hari. sakit sangat. byk jalan.
- hari pertama, dah gi ziarah raudah. tp sebab bawak baby kitorang split 2 team. en suami bawak budak2 saya bawak baby. ikut ustazah n ustaz daripada Andalusia. mak cerita best sebab dia masuk team last sekali. so lama lah kat raudah . tak de berebot-rebot.
- saya tak pi raudah hari pertama. pi ziarah kawan kat Hotel Alharam. kalau jumpa kawan saya yang jual topup atas wheelchair, tu nama dia Muhammad. panggil Baba Muhammad. baik orang nya. Kami kenal masa bertugas haji kat Madianh 2014 - 1435H. selalu beli topup kat dia. Sapa2 yang dekat kat Al Haram, boleh la jumpa dia. dia ade kedai gak kat depat tu. leh beli inai ke, habatusaudah ke, zafran ke, krim ke , mcm2 adaa
- Ziarah Luar Madinah - kami ziarah luar naik bas. yang ni dalam Itinerary agensi travel umrah. Kami ziarah Bukit Uhud, Masjid Quba, Masjid Qiblatian, Masjid Tujuh tu kami lalu je, tak berenti, Pi ladang kurma, makan kurma, beli kurma and cokelat. huhu, saya lebih suka pi beli kurma kat kedai kecik2 yang ustaz bawak last tour. kalau beli kat ladang kurma tu agak mahai sikit. huhu..Kalau ade polorid instax fuji tu bawak lah sekali leh amik gambar. buat kenangan.
- Malam tu kami dijamu makan nasi arab kat ladang kurma. Kebetulan tokey kedai tu kenalan saya masa bertugas 1435H. Jemput kami dalam 11 orang guna sebesar2 bas utk muat 40 orang. Punyalah kami gelak. Terkejut pun ada. Kat sana dia bentang karpet. Ada 3 dulang makanan. Amin suka lah makan. Ayah dia pun. Paling happy mak and makcik-makcik. Sebab ini suasana yang terbaru untuk mereka. Alhamdulillah kenayang. Tq tuan rumah. Nanti jemput kami lagi datang ke ladang kurma.
- 8. Solat berjemaah, untuk kami yang ada baby kecik kami biasa nya rotate time, kalau sorang dah subuh Jemaah, zohor orang lain, asar tukar sampai magrib. Bagi masing-masing merasa.9. Alhamdulillah bab makan kat hotel, sama je rasa dan menu masa bertugas haji yakni makanan petugas haji. Sama je menu nya. Muahaha. So beza kali ni, kalau tak nak makan kat bawah, mintak anak tolong tapaukan so leh makan kat bilik. Selesa sikit.10. Kami di Madinah tak lama. Dalam 5 hari termasuk hari arrival. Lepas tu bertolak ke Mekah untuk buat umrah wajib.
PENGALAMAN DI MEKAH
1. Perjalanan ke Mekah bermula.
Bir Ali untuk solat sunat dan berniat |
2. masuk Bir Ali, buat niat untuk umrah wajib di Mekah.
3. kalau terlupa, masa dalam bas ustaz remain kan semula.
4. perjalan kami menaiki bas , mula2 ok, tiba2 allah uji, bas yang dinaiki jemaah Andalusia, asyik rosak. Driver kami, adalah pomen utk kameni bas tu. maka, setiap berapa kilometer dia akan berhenti untuk repair bas belakang.
nasib baik yaasin (baby saya ) tak meragam. sepanjang jalan dia ok. kena sabar ye semua.
bukan mudah ye nak buat umrah. jangan ingat allah tak uji.
5. bawah ni adalah kad hotel kami. mencabar. travel ke mekah daripada madinah lebih daripada 5 jam. penat. semua penat. tp kami semua kena buat jugak umrah.
ustaz dah cakap. lepas sampai rehat sekejap je. lepas tu buat umrah wajib.
beri kerjasama dengan jemaah lain. jangan pentingkan diri sendiri, kita datang dengan team, umrah pun sama dengan team.
6. alhamdulillah. selesai umrah wajib.
7. ni masa kami dh selesai bertahalul. kat tempat saie. berehat sekejap. masa ni dah pesan kat anak2 untuk tengok jalan pergi dan balik ke masjid daripda hotel. supaya tak sesat. lanyard kena pakai. kalau sesat senang nak cari. make sure line mekah memang dah beli siap2 masa kat madiah. senang nak call sedara mara or suami, anak atau isteri.
8. the next day, hari kedua kami berehat. solat mcm biasa ke masjidil haram.
tapi baby dh mula nak demam. so kami rotate sapa pie dulu ke masjid. sapa jaga baby
9. saya dijemput oleh kenalan saya yang tinggal di mekah. dia dan adik perempuan. kami keluar selepas isyak. naik teksi ke Makkah mall. makan2 lepas tu ke 10 10. kedai sepuluh riyal. muhahha best gak kedai tu.
10. Yaasiin, baby saya dah mula tak sihat. so mana2 ziarah yang ustaz aturkan untuk kumpulan kami saya tak join. sedih gak. tp untuk kesihatan anak tak apa lah. saya berkorban,
Paling best kat makan kat Mekah, nasi ikan ngn Al-baik ayam goreng, lagi sedap daripada KFC.
11. malam kami amik turn untuk solat malam ke masjid, masa ni je dpt nak pergi sbab baby dh tido.
dapat lah merasa solat dalam Hijir Ismail kol 2.30 malam. berebot orang nak masuk semayang dalam tu. dapat lah 2, 3 kali merasa solat dalam tu.
12. bila hari last di mekah, kami dh siap2 kan bag, sebab dh nak kena letak bag kat bawah.
bag kecik je standby untuk barang , ubat dan makanan yaasiin,
masa duduk kt hotel, memang kitorang basuh baju sidai kat hotel je, tak hantar dobi. tp bilik jd besepah sikit lah sbb nak membasuh baju. so hari dh nak last2 balik x membasuh takut baju tak kering.
ni kat Hotel Malak At Taqwa |
PENGALAMAN DI AIRPOT MEKAH
2. Masa kat epot, perempuan dan lelaki akan dipecahkan kepada 2 group untuk check in.
so yang mcm ada baby, please standby carrier baby tu. kalau tak jenuh. kalau ibu yang pegang baby, make sure, tangan tu mudah dan senang untuk bergerak. jangan guna stroller , biar ayah dia pegang stroller tu. sebab susah kita nak bukak tutup stroller dengan pegang baby lagi.
3. doa byk banyk dapat kastam perempuan yang mudah. sebab orang sebelum saya yang ada baby 1 dan anak kecik dan makcik tua (mak perempuan depan saya), macam2 kastam perempuan tu mintak. sampai anak anak kecik tu menangis dia kerja kan.
4. nasib baik saya dapat kastam imergrasian yang tak berkira. tak lah dia mintak clearkan poket, apa ada dalam bag, apa ada dalam baju,
tp mungkin lepas zaman orang kena meletop, kat madinah mungkin lagi susah lagi kot. Maybe... apa - apa boleh jadi ngn rules orang arab. dia nak rombak undang2 sehari dua dah laksana.
so tak mustahil.
5. bila dh lepas immigration, saya terus cari suami dan anak2 saya. berkumpul. takut betul tadi. lepas ni amik pulak sepuluh2 jari untuk semua kami. isu lagi, bila jari yaasiin (baby) tak diambil masa mula2 arrival di madinah. kan susah. kali ni kami kena tunggu lama lagi sket sebab mungkin nak mintak override penyelia dia kot. untuk lepaskan yaasiin nye data. kan. alhamdulillah.lepas.
6. bila nak masuk balai berlepas naik kapal ade lagi check in.
7. ok. kali ada lagi cabaran. masa awal2 check in kat kaunter ngn ustaz tadi, dah cakap nak bassinet, tp kami diberi seat tengah2. so dalam kapal kena laa merayu untuk mendapat kan seat paling depan untuk pasang kan bassinet. ding dong ding dong akhir nya ada makcik tua nak tukar ngn kami yang seat tengah. alhamdulillah. dapat yaasiin tidur ngn nyenyak untuk sepanjang jalan balik ke Malaysia.
8. masa dalam kapal, untk balik ke Malaysia, naik SV (Saudi Airlines) , bila bagi makan, makan lah. nanti lapar. so kami dapat naik kapal dh malam. berlepas.
9. dalam kapal akan sejuk, tutup lah aircorn yang kuat tu. pakai selimut. bila baby tido, tido lah. bila dia lapar bagi makan. bagi baby selesa habisan. baru lepas kan diri kita.
10. dah boring baru lah saya tgk muvi. time nak solat. leh solat menghormati waktu.
11. dalam kapal gelap sebab waktu malam. tp bila kami mendarat di KLIA cuaca dah siang. alhamdulillah. kami sampai dalam tengahari. adik2 jemput. happy sangat.
PENUTUP
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada mak ayah saya yang menaja umrah kami sekeluarga.
semoga allah memberikan kesihatan , murah rezeki dan keberkatan hidup dunia akhirat kepada mereka berdua,
ameen..
semoga allah memberikan kesihatan , murah rezeki dan keberkatan hidup dunia akhirat kepada mereka berdua,
ameen..